Bakal Graduan UPM Perlu Manfaatkan Kehidupan Kampus Untuk Bina Kreativiti | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Bakal graduan UPM perlu manfaatkan kehidupan kampus untuk bina kreativiti

Bakal graduan UPM perlu manfaatkan kehidupan kampus untuk bina kreativiti


SERDANG, 28 Feb – Bakal graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu memanfaatkan kehidupan kampus untuk membina kreativiti dan mendapat pendedahan bagi menghadapi alam pekerjaan.

Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir berkata dengan memanfaatkan fasiliti dan peluang-peluang di kampus, bakal graduan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti diri sebagai nilai tambah untuk kemahiran insaniah.

“Oleh kerana majikan mengambil kira aspek personaliti, bakal graduan perlu membuat homework untuk mengenali sesebuah organisasi apabila menghadiri temu duga,” katanya pada program Meet and Greet, Career Path Dream and Challenges anjuran Pusat Penempatan Kerjaya UPM (CPC) di sini yang dihadiri seramai 110 pelajar.  

 



Sementara itu, Pengarah CPC, Dr. Che An Abdul Ghani berkata program itu bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UPM selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

“Program berkonsepkan santai ini membolehkan personaliti pelajar digilap dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan persoalan secara in person kepada tetamu jemputan.

“Melalui program ini, pelajar dapat berkongsi maklumat kerjaya, pengalaman dan inspirasi daripada tokoh yang berjaya di Malaysia,” katanya.

CPC ditubuhkan pada Disember 2010 bertanggungjawab meningkatkan Graduate Employability (GE) UPM dengan cara menganjurkan program ke arah peningkatan GE itu sendiri.

Berita ini disediakan oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi (MarComm), Noor Eszereen Juferi 03-89466199 /Foto, Mohd Azreen Awang 03-89466199


Date of Input: | Updated: | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXDdQAs~