Warga Berintegriti Tonggak Kecemerlangan Organisasi | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Warga berintegriti tonggak kecemerlangan organisasi

Warga berintegriti tonggak kecemerlangan organisasi

Article Summary
Setiap organisasi memerlukan komitmen kedua belah pihak - pekerja dan barisan kepimpinan - yang menjunjung kecemerlangan dan berintegriti ke arah mencapai tahap kecemerlangan yang disasarkan.


Oleh: Haslida Hassan


SERDANG: Setiap organisasi memerlukan komitmen kedua belah pihak - pekerja dan barisan kepimpinan - yang menjunjung kecemerlangan dan berintegriti ke arah mencapai tahap kecemerlangan yang disasarkan.

Kepemimpinan yang amanah dan cemerlang sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disokong oleh pekerja yang turut mempunyai ciri-ciri ketekalan peribadi iaitu sifat amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Ia kerana asas pembentukan organisasi adalah dua komponen penting ini - pekerja dan pemimpin.

Pembangunan integriti staf dalam organisasi bermula daripada peringkat pemilihan kakitangan dengan memastikan hanya kakitangan yang berintegriti sahaja berada dalam pasukan kerja bagi membina iklim organisasi yang berintegriti tinggi.

Penekanan terhadap kepentingan terhadap integriti di dalam jiwa setiap rakyat dapat diperhatikan apabila pada tanggal 5 November setiap tahun warga Malaysia menyambut Hari Integriti Nasional.

Integriti terus dituntut diamalkan ketika pandemik Covid-19 yang merubah paradigma baharu daripada segi tatacara budaya kerja dan norma sosial masyarakat.

Sifat amanah merupakan ciri yang wajib ada pada setiap kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) terutamanya ketika norma baharu sekarang bagi mengelak daripada dikatakan menerima gaji yang tidak setimpal dengan tugas semasa melaksanakan urusan kerja dari rumah.

Pelajar juga dalam menjalani norma baharu juga perlu mengamalkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam mencari ilmu akademik serta kehidupan.

Nilai yang paling tinggi dalam pembentukan integriti adalah amanah. Ia selaras dengan Prinsip Etika Kerja dan Nilai-Nilai Murni UPM yang menggariskan Amanah sebagai  kedudukan paling tinggi.

Semua ini sejajar dengan empat nilai utama UPM - Kecemerlangan, Kepelbagaian,Kelestarian dan Integriti.

- UPM

Date of Input: 14/01/2021 | Updated: 14/01/2021 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXEXWAs~