UPM sentiasa komited dalam memberi perlindungan keselamatan terhadap warganya demi mewujudkan suasana kerja dan pembelajaran yang selamat dan sihat. Pelbagai langkah keselamatan dan perlindungan telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar dan staf menjadi keutamaan.
Tindakan Kecemasan
Sekiranya berlaku kecemasan, tindakan segera harus diambil iaitu dengan menghubungi talian kecemasan UPM yang beroperasi 24 jam.
03-9769 7990 03-9769 7470 03-9769 1999
Atau anda boleh menghubungi talian bebas tol UPM yang beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
03-9769 1000
Selain itu anda juga boleh terus menghubungi talian kecemasan hospital, polis dan bomba di kawasan berdekatan UPM sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan perkhidmatan lanjut.
Balai Polis Serdang: 03-8948 2222
Balai Polis Seri Kembangan: 03-8948 6122
Balai Bomba Serdang: 03-8941 6281
Pusat Kesihatan Universiti (Kecemasan): 03-8946 7332, 03-8946 7334
Pengurusan Risiko dan Keselamatan
Risiko dan keadaan kecemasan perlu diurus dengan tertib bagi mengelak keadaan yang lebih buruk. Berikut adalah tindakan-tindakan yang perlu dibuat bagi menghadapi sebarang keadaan kecemasan:
Kemalangan
Kebakaran
Demonstrasi
Terperangkap dalam lif
Bagi mencegah berlakunya kemalangan dan kejadian berbahaya dalam kalangan komuniti UPM akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat, warga UPM harus sentiasa berwaspada dan mengaplikasikan langkah-langkah pencegahan dalam urusan seharian yang boleh dimuat turun. Maklumat lanjut berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diperolehi daripada Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Manual Pelan Pengurusan Bencana di laman web Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Kamera Litar Tertutup (CCTV)
Salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh UPM dalam usaha untuk memantapkan kawalan keselamatan kampus adalah dengan penggunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV). Sebanyak 486 unit kamera CCTV dipasang di seluruh kampus untuk membuat pemantauan (surveillance) keadaan keselamatan setiap hari. Sistem CCTV dikawal keseluruhannya menerusi Pusat Kawalan CCTV (Monitoring Control Centre). Sesungguhnya pelaksanaan sistem CCTV menunjukkan komitmen yang tinggi oleh pengurusan universiti bagi menjamin keselamatan harta benda dan seluruh warganya.
Kawasan UPM sentiasa dikawal sepenuhnya untuk memastikan persekitaran yang selamat agar komuniti UPM tidak berasa terancam dengan risiko dan juga kemalangan. Jenayah yang melibatkan kenderaan juga boleh dielakkan sekiranya kenderaan anda diletakkan di tempat yang telah dikhaskan iaitu:
Medan Kenderaan Berpusat
Medan Kenderaan Dewan Kuliah Putra
Medan Kenderaan Dewan Kuliah Pusat (DKP)
Medan Kenderaan Kolej Mohamad Rashid
Keselamatan Peribadi
Sebarang musibah boleh dielak dengan memberi sedikit perhatian tentang keselamatan diri. Berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti dalam keadaan-keadaan kecemasan:
Kenderaan
Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.
Patuhi peraturan lalulintas.
Jangan tinggalkan barang berharga didalam kereta ketika meletak kenderaan seperti: a. Laptop/ beg laptop b. Telefon bimbit c. Beg duit d. Alat elektronik seperti GPS e. Dan lain-lain barang berharga
Pastikan kenderaan anda telah dikunci sebelum meninggalkan kenderaan anda.
Jangan tinggalkan kenderaan anda ketika enjin dihidupkan ketika : a. Berbual dgn orang diluar kenderaan b. Pergi ke bank c. Pergi ke Pejabat Pos d. Dan sebagainya
Jangan memberi tumpang orang yang tidak dikenali.
Sentiasa memastikan tingkap kenderaan ditutup ketika membawa kenderaan atau meletak kenderaan.
Tarik perhatian orang sekeliling ketika anda diragut dengan jeritan “tolong” “tolong” dan bunyikan hon berterusan serta nyalakan lampu kecemasan sekiranya anda menaiki kenderaan.
Pasang kunci pendua.
Jangan tinggalkan kunci didalam kenderaan.
Periksa kunci kenderaan anda sebelum meninggalkan kenderaan.
Letak kenderaan di tempat meletak kenderaan.
Hubungi talian kecemasan UPM sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan / jenayah / kemalangan / kebakaran di talian 0389471999.
Di tempat kerja
Kunci pintu pejabat anda sekiranya ingin meninggalkan pejabat.
Jangan benarkan orang luar/ tidak dikenali memasuki pejabat tanpa kebenaran/urusan.
Sentiasa berwaspada terhadap kehadiran orang yang tidak dikenali didalam pejabat anda.
Bersikap ambil tahu terhadap keadaan sekililing di dalam pejabat anda.
Tutup semua peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan ketika meninggalkan pejabat seperti: a. Komputer b. Alat pencetak c. Mesin fotostat d. Penghawa dingin e. Lampu f. Dan sebagainya
Simpan fail-fail, rekod-rekod dan dokumen-dokumen di tempat selamat (peti besi, laci berkunci, bilik simpanan fail).
Hubungi talian kecemasan UPM sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan / jenayah / kemalangan / kebakaran di talian 0389471999.
Sentiasa berjalan di dalam kumpulan sekurang-kurangnya berdua.
Jangan menumpang kenderaan orang yg tidak dikenali.
Sekiranya anda mengulangkaji pelajaran di luar bangunan, pastikan ada orang di sekeliling anda.
Sekiranya anda dapati tiada orang ditempat yang anda ingin tujui, hindarkan diri dari berada disitu.
Sentiasa memeriksa barang berharga ketika : a. Keluar dari tandas. b. Setelah membuat panggilan telefon di pondok telefon awam. c. Membuat perbincangan dengan kawan. d. Meninggalkan bilik di kolej.
Kemaskini:: 22/11/2023 [zuraya]
PERKONGSIAN MEDIA
Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan