Visi & Misi | Universiti Putra Malaysia 99 spel
» MENGENAI KAMI » Visi & Misi

Visi & Misi

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Visi

Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Misi

Memberi sumbangan bermakna kepada pembentukan kemakmuran dan pembangunan negara serta kesejahteraan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

Nilai Teras UPM

Berilmu Berbakti.

Falsafah Pendidikan UPM

Usaha berterusan untuk membentuk insan Berilmu Berbakti melalui pembangunan potensi yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Berlandaskan penerokaan, penguasaan, penghayatan dan penyebaran ilmu; pendidikan di UPM melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan, patriotik dan berdaya tahan serta berkeupayaan menyumbang kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan sejagat.

Matlamat Pendidikan UPM

Melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan, patriotik, dan berdaya tahan.

Atribut Graduan UPM (JIWA)

Pembentukan jati diri berasaskan Jati Diri, Ihsan, Wibawa, dan Adaptif.

Kemaskini:: 03/11/2026 [zuraya]

PERKONGSIAN MEDIA

BZLIFAH~