Dua Pensyarah UPM Dipilih Wakili Negara Ke Lindau Nobel Laureates Ke-65 | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Dua pensyarah UPM dipilih wakili negara ke Lindau Nobel Laureates ke-65

Dua pensyarah UPM dipilih wakili negara ke Lindau Nobel Laureates ke-65


Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 19 Mei
— Dua pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amirah Abdul Latif dan Dr. Haslina Ahmad dipilih sebagai saintis muda negara oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai wakil negara ke Lindau Nobel Laureates ke-65 di Jerman.

Naib Presiden ASM, Datuk Prof. Dr. Asma Ismail berkata program itu yang bermula dari 29 Jun hingga 4 Julai ini bertujuan memberikan pendedahan dan membina jaringan bersama saintis terkemuka di peringkat antarabangsa.

Katanya, peserta mesyuarat tersebut dipilih daripada 80  buah negara dari institusi akademik serta yayasan yang mempunyai saintis terbaik, dan 25 pencalonan terbaik adalah daripada negara ini.

Dr. Amirah adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Fizik, manakala Dr. Haslina Ahmad, Pensyarah Kanan, Jabatan Kimia masing-masing di Fakulti Sains, UPM.

Sementara itu, pelajar Bacelor Sains (Kepujian) Major Fizik, Fakulti Sains UPM, Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusuf turut terpilih mengikuti Program Musim Panas Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) yang juga bermula serentak di Geneva, Switzerland. - UPM


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXEUFAE~