Malaysia Global Outreach Tingkat Hubungan Alumni Di Turki Dan Bosnia Herzegovina | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Malaysia Global Outreach tingkat hubungan alumni di Turki dan Bosnia Herzegovina

Malaysia Global Outreach tingkat hubungan alumni di Turki dan Bosnia Herzegovina

By Azzah Sabrina Muhammad


Launching of Malaysia Alumni Council of Turkey by H.E. Dato’ Amran Mohamed Zin, Ambassador of Malaysia, Ankara, Turkey


SERDANG, 26 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku sekretariat MyAlumni universiti Malaysia telah melaksanakan program pengantarabangsaan Malaysia Global Outreach (MGO) bagi meningkatkan hubungan alumni di Turki dan Bosnia Herzegovina baru-baru ini.

Ketua Kluster MyAlumni, Prof. Madya Dr. Mansor Abu Talib berkata program itu merupakan kolaborasi ketujuh dan kelapan yang sebelum ini dijalankan di Kemboja, Vietnam, China, Indonesia , Myanmar dan Thailand.

“Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan institusi pengajian tinggi bersama alumni agar dapat menyumbangkan usaha mempromosi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia di pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, alumni antarabangsa telah melalui sistem pendidikan tinggi serta pengalaman hidup Malaysia, dan justeru itu aset penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara serta kerjasama antara kedua-dua buah negara.



“Program ini merupakan platform untuk berkomunikasi serta berkongsi pandangan mengenai aktiviti alumni yang boleh dilaksanakan dalam memperkasa hubungan alumni sepanjang masa,” katanya yang merupakan pensyarah di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Sementara itu, MyAlumni telah melaksanakan dua program Malaysia Global Outreach di Istanbul, Turki dan Sarajevo, Bosnia Herzegovina pada 15-23 April 2015 dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sepanjang berlangsungnya MGO di Turki dan Bosnia Herzegovina, jalinan alumni dan kerja lapangan telah dijalankan di Barcesehir University, di Turki dan International University of Sarajevo, University of Zenica dan Dzemal Bijedic University of Mostar di Bosnia Herzegovina untuk perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea bersama pejabat alumni universiti berkenaan.

Program kemuncak bagi MGO di Turki dan Bosnia Herzegovina adalah Reunion Hi-tea: Malaysia Alumni of Turkey dan Malaysia-Bosnia Alumni Dinner yang dihadiri Duta Besar Malaysia ke Turki, TYT Dato’ Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina, TYT Datuk Anuar Kasman.

Selain itu, Malaysia Alumni Council of Turkey dan Malaysia Alumni Council of Bosnia and Herzegovina turut dilancarkan yang disaksikan oleh 30 orang alumni Turki dan 70 orang alumni Bosnia Herzegovina yang pernah belajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. - UPM


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXDdRAY~