Puncak Niaga Derma RM50,000 Dana Tabung Wakaf Ilmu UPM | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Puncak Niaga derma RM50,000 dana Tabung Wakaf Ilmu UPM

Puncak Niaga derma RM50,000 dana Tabung Wakaf Ilmu UPM


SERDANG, 21 Jan – Tabung Wakaf Ilmu Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat dana pertamanya sebanyak RM50,000 daripada Puncak Niaga Sdn. Bhd pada program Sehari Bersama Tan Sri Rozali baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail yang juga Pro Canselor UPM pada majlis penutup program Sehari Bersama Tan Sri Rozali Ismail di Dewan Jauhari, Kolej Sultan Alauddin Suleiman Shah (KOSSAS), UPM.

Beliau dalam ucapannya berharap program itu akan berterusan bagi memberi manfaat kepada warga UPM.

“Ini merupakan Corporate Social Obligation terhadap pembangunan pelajar khususnya dalam mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam dunia pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew berkata tabung yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu itu akan menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat melaksanakan aktiviti kebajikan.

“Dana Puncak Niaga ini akan dimanfaat untuk penyediaan fasiliti bagi aktiviti keilmuan dakwah, penyelidikan dan khidmat komuniti yang menjadi aktiviti teras universiti,” katanya.

Tambah beliau, program sebegitu turut memberi peluang kepada pelajar UPM mengenali Tan Sri Rozali dengan lebih rapat serta bertukar pandangan dan kepakaran beliau dalam bidang korporat.

Program sehari itu turut menganjurkan pertandingan golf dan boling persahabatan antara staf-staf UPM dan Puncak Niaga bagi memupuk hubungan serta jaringan industri antara kedua-dua pihak.

Pasukan golf UPM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan menjuarai pertandingan diikuti oleh pasukan UPM 3 yang menjuarai pertandingan boling.

Berita ini disediakan oleh Noor Eszereen Juferi, 03-8946 8975 (MarComm)


Date of Input: | Updated: | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXDdAAI~