Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi
SERDANG, 15 Nov - Chapter Alumni YOSH, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Pusat Perhubungan Alumni, UPM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UPM sesi 2023/2024 Majlis Perwakilan Kolej (MPK), UPM sesi 2023/2024, Majlis Perwakilan Fakulti (MPF), UPM sesi 2023/2024, Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan MyFundAction telah menganjurkan program “Solidariti UPM Untukmu Palestin” untuk melancarkan Tabung UPM Untukmu Palestin yang menyasarkan kutipan sebanyak RM 50,000.00.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, matlamat program ini adalah untuk menyokong hak rakyat Palestin dan mempromosikan keadilan, kedamaian serta kemerdekaan Palestin melalui usaha di peringkat universiti.
“Program ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan sokongan masyarakat, khususnya golongan muda terhadap perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara sendiri daripada kekejaman zionis Israel,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi, Chapter Alumni YOSH UPM, Nur Asyiqin Ramli menyatakan bahawa masyarakat, khususnya golongan muda hendaklah memahami situasi di Palestin serta menunjukkan sokongan terhadap prinsip keadilan, keamanan dan hak asasi manusia.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah, UPM, Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni, UPM, Fahmi Azar Mistar, Ketua Pengarah Operasi, MyFundAction, Siti Aishah Shahid dan Pengasas, Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Date of Input: 15/11/2023 | Updated: 15/11/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA