UPM Lancar “Hadiah Pek Korban Untukmu Gaza” Sempena Hari Raya Korban | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM lancar “Hadiah Pek Korban Untukmu Gaza” sempena Hari Raya Korban

UPM lancar “Hadiah Pek Korban Untukmu Gaza” sempena Hari Raya Korban

Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi

 

 

SERDANG, 16 Mei - Dalam usaha untuk meluaskan bantuan kemanusiaan dan solidariti antarabangsa, Chapter Alumni YOSH Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM dengan kerjasama MyFundAction tolah melancarkan Program Pelancaran Kerjasama "Hadiah Pek Daging Korban Untukmu Gaza".

 

Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bertujuan untuk memberi sokongan kepada penduduk Gaza yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Korban akan datang.

 

Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan berkata program secara langsung memupuk amalan sedekah di kalangan pelajar UPM serta memupuk empati pelajar untuk cakna dengan keadaan peperangan di Palestin.

 

 

“Kerjasama mahasiswa Chapter Alumni YOSH UPM bersama PKPP dengan pihak MyFundAction telah memberi peluang kepada golongan belia menanam sikap peduli dan prihatin terhadap isu ini,” katanya.

 

Selain itu, program ini adalah merupakan kesinambungan kerjasama solidariti Palestin yang telah berlangsung antara MyFundAction dan UPM sebelum ini.

 

Melalui kesinambungan itu, kedua belah pihak akan meneruskan manfaat kolaborasi dengan melancarkan Kerjasama Hadiah Pek Korban Untuk Palestin. Kerjasama UPM dan MyFundAction pada Oktober lalu menerusi program Solidariti UPM Bersamamu Palestin telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 32, 202.14.

 

Pelajar tahun kedua, Fakulti Sains Teknologi Makanan (FSTM), UPM, Nur Farzanah Abdul Fattah berkata pek daging korban ini bukan sahaja memudahkan tetapi mampu bertahan selama dua tahun.

 

 

“Penyertaan korban ini juga memberi peluang untuk kita menyantuni saudara mara kita di Gaza dan harapan saya pemberian ini akan memberi kegembiraan kepada rakyat Palestin,” katanya.

 

Sementara itu, hasil kolaborasi ini turut menggalakkan para staf UPM untuk menyertai ibadah korban bersama MyFundAction dan daging korban tersebut akan dimasak dan dipekkan dalam pek sedia dimakan atau "ready-to-eat".

 

Pek daging korban ini dijangkakan akan dihantar ke Gaza pada bulan Disember melalui jalan laut dengan kerjasama Pos Malaysia dan DRB HICOM.

Date of Input: 24/05/2024 | Updated: 24/05/2024 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXGRQAg~