UPM Sekretariat ASAIHL Malaysia Dan Tuan Rumah Persidangan ASAIHL 2016 | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM sekretariat ASAIHL Malaysia dan tuan rumah Persidangan ASAIHL 2016

UPM sekretariat ASAIHL Malaysia dan tuan rumah Persidangan ASAIHL 2016


Tengah: Prof. Dato’ Mohd Fauzi Ramlan (UPM), Prof. Dr. Awang Bulgiba Awg. Mahmud (UM), Dato’ Sri Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin  (IIUM), Encik Abdul Rahman Mohd Isa (UUM), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah (UKM), Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar (UMT), Prof. Dr. Renuganth Varatharajoo (UPM), Anand Ramachandran (Taylors)

Kiri: Prof. Dr. Samsinar Md. Sidin (Unirazak), Prof. Madya Dr. Koo Ah Choo (MMU), Puan Zuraida Hassan (IIUM)

Kanan: Dr. Chua Kok Hua (UNITEN), Encik Solihuddin Ahmad Nasarudin (UTP), Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim (UTM), Prof. Dr. Nanna Suryana Herman (UTeM), Dr. Fairuz Ramli (UPM) dan Mohamad Yazdi (UPM)

SERDANG, 30 April -
Universiti Putra Malaysia (UPM) dilantik sebagai sekretariat The Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) Malaysia dan tuan rumah Persidangan ASAIHL pada tahun 2016 di kampusnya.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan yang merupakan Presiden ASAIHL berkata keputusan itu dibuat sempena mesyuarat dengan ahli institusi kepada pertubuhan ASAIHL dari Malaysia yang melibatkan sebanyak 18 institusi pengajian tinggi dan swasta.

“Perjumpaan julung kali di Malaysia ini penting sebagai usaha untuk mengukuhkan sumbangan dan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan ASAIHL.

“Kami juga membincangkan cadangan untuk mengaktifkan Majlis Kebangsaan ASAIHL Malaysia (National Council),” katanya pada mesyuarat itu yang diadakan di Canselori Putra, UPM.

ASAIHL ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan bukan kerajaan bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan universiti di Asia Tenggara.

Fungsi dan peranan ASAIHL telah diperluaskan bagi kekal relevan dengan senario semasa pendidikan global. Pada masa kini ASAIHL mempunyai keanggotaan sebanyak 197 iaitu sebanyak 162 universiti dari Asia dan 35 universiti keahlian bersekutu dari Eropah, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menjadikan ASAIHL antara pertubuhan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Asia dan dunia.


Date of Input: | Updated: | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXEQWAv~