UPM TERIMA BAYARAN DIVIDEN RM235 RIBU DARI UPM HOLDINGS SDN BHD | Universiti Putra Malaysia
BYEJVAK~
» NEWS » UPM TERIMA BAYARAN DIVIDEN RM235 RIBU DARI UPM HOLDINGS SDN BHD

UPM TERIMA BAYARAN DIVIDEN RM235 RIBU DARI UPM HOLDINGS SDN BHD

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar
 
 
SERDANG, 5 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima dividen berjumlah RM 235 Ribu untuk Tahun 2022 yang telah dibayar oleh anak syarikat milik UPM iaitu UPM Holdings Sdn Bhd (UPMH) yang ditubuhkan pada Mei 2004.
 
Ini menjadikan jumlah dividen terkumpul yang telah dibayar oleh anak syarikat UPM tersebut sejak ditubuhkan adalah sebanyak RM 11.7 Juta.
 
Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menerima serahan dividen tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPMH, Encik Azrul Reza Aziz di pejabat beliau hari ini.
 
Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata anak syarikat UPM ini mampu bersaing sebagai jentera untuk menambah sumber kewangan kepada universiti.
 
“Ianya merupakan satu kemajuan pada tahun 2022 setelah bergelut selama beberapa tahun, kini inisiatif perniagaan yang dilaksanakan mula memberikan pendapatan dan memberi keuntungan. UPM akan sokong segala bentuk pengurusan yang cekap dan berkesan daripada kumpulan pengurusan kanan UPM Holdings, ini boleh menambah sumber kewangan untuk Universiti,” katanya.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings, Encik Azrul Reza Aziz turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pengurusan UPM kerana terus menyokong pengurusan UPMH dan berharap prestasi anak syarikat akan terus meningkat sekaligus dapat membanggakan UPM.
 
“UPMH pada masa akan datang akan meneroka dan mengfokuskan dalam usaha ESG, penanaman semula hutan, pengkreditan karbon dan juga pembekalan anak pokok hutan yang mana UPM sememangnya mempunyai pakar yang terbaik di dalam negara bagi usaha tersebut. Inisiatif ini dapat menambah pendapatan sebanyak RM 10 juta sehingga RM 20 juta dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki UPM dalam bidang perhutanan. Bukan itu sahaja, usaha untuk meneroka perniagaan klinik veterinar yang menggunakan kepakaran hospital veterinar di UPM juga akan meningkatkan pendapatan pada masa hadapan," katanya.
 
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, dan Pengerusi UPM Holdings, Dato' Azman Mahmud.-UPM
 

Date of Input: 21/06/2023 | Updated: 21/06/2023 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---