Putra Bakti: Huluran Kasih Sempena Aidilfitri | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Putra Bakti: Huluran Kasih Sempena Aidilfitri

Putra Bakti: Huluran Kasih Sempena Aidilfitri

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad, Wartawan Pelatih Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM 
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

SERDANG, 28 Mac – Sempena keberkatan Ramadan dan bagi menyambut Syawal yang bakal tiba, Putra Bakti menganjurkan program Bakul Syawal 2025 di Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Seramai 30 penerima, terdiri daripada staf UPM, menerima sumbangan Bakul Syawal yang merupakan bahan mentah seperti beras, tepung, gula, susu, biskut dan rendang beku bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

 

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Putra Bakti UPM yang juga merangkap Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed.

 

Beliau berkata, program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dalam membantu persiapan Syawal yang semakin hampir, agar penerima dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

 

 

"Selari dengan objektif Putra Bakti, inisiatif ini bukan sekadar menghulurkan bantuan, tetapi juga memupuk budaya penyayang, meningkatkan sikap prihatin, dan mengeratkan semangat kekitaan dalam kalangan warga universiti," katanya.

 

Bantuan ini turut memberi impak besar kepada penerima, antaranya Habibah Mat, 53, dari Pusat Asasi Sains yang meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang diterima.

 

 

"Sebagai ibu tunggal yang kehilangan suami empat bulan lalu dan menyara kakak yang menghidap strok, sumbangan ini sangat membantu, terutama dengan kos keperluan harian yang semakin meningkat," katanya.

 

Sementara itu, Nur Syafiqah Mohd Hamidi Syahril, 18, yang mewakili ibunya dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, turut berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

 

 

"Bantuan ini sedikit sebanyak membantu dalam persiapan Syawal, menjadikan Aidilfitri lebih bermakna buat keluarga kami," ujarnya.

 

Program turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar & Pentadbiran), Fahmi Azar Mistar serta Pegawai Psikologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Rafidah Sadarudin dan Logavenosh Ragawan.

Date of Input: 28/03/2025 | Updated: 28/03/2025 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYDfKAT~